Cite yg ni lagi ringkas kut. Masa zaman sekolah ni, aku rapat dengan 3 lagi org kawan, Syam, Kahar dan Lin. Kami selalu pergi kemana-mana bersama-sama misalnya pergi makan, pergi prep, pergi riadah. Kisahnya bermula dengan Lin. Aku dengan Lin ni sekelas, dan kami dapati, kami je yg sekepala dan suka membuat bising di dalam kelas waktu prep. Gilo ko, kalau buat bising waktu belajar, nanti kena tanya soalan.
Kitaorg berdua siap pilih untuk duduk di tempat paling strategik sekali, merangkap di belakang kelas sekali, dan sempadan antara laki dengan pompuan. Sekolah aku ni banyak budak Johor, Kelantan dan Terengganu yang alim2. Tu yang ada sempadan tu. Tu yg aku dengan Lin bleh baik giler sebab kitaorg tak de la baik sgt :P. Tetiba plak masa form 5 kut, cikgu kononnya nak muhibbah, tak nak ada sempadan, telah merestructure kelas (mungkin jugak sbb aku dgn Lin bising sgt) dgn meletakkan aku nun di depan sekali, depan meja cikgu. Hampeh betul.
Tapi, nama pun asrama, maka selalu la jumpa kat luar kelas, ye tak. Lin pulak rapat dengan Kahar (satu dorm) dan Kahar rapat dengan Syam kut, maka kami pun rapat bersama-sama. Cuma Syam kurang skit sebab dia pengawas, dok jaga disiplin saje hehe dan jugak sebab dia tak kaki jalan (berouting), cam aku, kahar dan Lin. Tapi, aku selalu kena tinggal masa makan kat dewan makan sebab diorg ni jenis makan telan terus. Walaupun aku dah kurangkan kuantiti makan aku, tapi masih tak sempat nak menandingi diorg.
Kitaorg plak jenis suka cepat kemana-mana misalnya, cepat turun ke dewan makan lepas habis sekolah, sbb malas nak beratur panjang dan kalau balik dorm cepat, bleh tido dulu. Dan juga cepat beratur nak masuk dorm lepas riadah, sebab nak cupp mandi dulu (siap berlari-lari cupp, ok). Dan juga, yg paling haru, cepat mkn pergi ke masjid utk sembahyang jemaah, sbb nanti dpt duduk saf paling depan, bleh intai imam yg sume suara sedap dan bebudak junior yg hensem2. Bukannya apa, tak de la mengantuk masa khutbah antara sembahyang nanti.
Antara 3 org ni, Kahar yg paling aku contact, duduk pun dah dekat. Syam, ok jugak, cuma aku malas nak call saje.. hahaha. Tapi Lin, yg paling rapat, dah ilang semenjak dia kuar sekolah dan keje nun di London tu. Ada sorang lagi, Imah, sekelas aku, namun, hanya nampak di friendster and baru join mukabuku. Yg sorang ni pulak, Nelly, tidak la serapat mana masa belajar. Tapi sekarang, boleh tahan baik la jugak semenjak dua-dua ada baby ni hehe.
Kesimpulannya cite panjang aku ini, kawan pergi dan datang. Yang pada masa itu, rapat, tak semestinya rapat pada masa sekarang. Maka, aku hargai kawan-kawan yg aku jumpa terutama yg kekal rapat. I love you and I appreciate you, Farah, Baj, Ita, Ha, Zubec, Faez, Eni, Kahar, Syam, Lin, Jas dan Lina. For my other friends, I wish we could stay closer in the future. Happy birthday to me, and I wish all my friends can be with me.
-The end- Korang baca ke cite aku panjang2 ni? Ko la yg start dulu ni, Ha.
---------------------------------
Aku terlupa lagi sorang la. Kawan ni sama universiti dengan aku, pastu duduk serumah sewa dengan aku waktu bekerja dan sama opis dengan aku, Malin namanya. Yang ni rapat masa duduk sama-sama. Memang best la masa tu sebab dua-dua keje shift petang, maka melalak tak tido (tgk vcd/main game) sampai kul 3/4pagi dlm bilik. Tapi, aku nak minta maaf la, kerana sbb aku, kita selalu sampai opis lambat hahaha.. jln laju giler. Sebelum aku duk satu bilik dgn dia, dia selalu sampai awal. Pastu, aku telah mempengaruhi dia dtg lambat (bukan aku suruh pun, dia yg terikut aku).
Dan lagi sorang ni, waktu zaman university, aku sempat rapat dgn dia sekejap kerana bergossip (aisey). Pastu, bile time praktikal, aku dpt tau dia telah menyebarkan rahsia aku, yg aku suh dia simpan, kat org lain. Cam ne aku tau? sbb org yg dia sampaikan tu, cite kat aku... hahaha.. tu la, benda cam ni, lama2 sampai jugak kat orgnya. Sebab aku bukan jenis konprantasi, maka, aku terus je dek je kat dia. Aku rasa dia perasan. Org mcm ni reject je awal2 kan. Tu la, aku muda lagi, byk buat pilihan yg salah.
Tuesday, October 20, 2009
Cerita kawan part 4 - kawan sekolah asrama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 earthlian/s:
baca.. baca!! sib baik aku ade provide time rehat utk baca blog. ahahaha.. jap nk g komen kat entry lain.. ade citer kene betulkan skit! huhuhu.. anyway, happy to be your friend!!
siap ada provide time utk baca blog.. dasat
Post a Comment