Wednesday, November 18, 2009

Signed and sealed

Forget to post this entry.
It's signed and sealed. So, the next step is to move house again!
Anybody knows rented house near surrounding area of Tropicana or a bit far but easy to go (no jam, no tolls), tell me okay. Prefarably, rent below RM700.

Torn

Why can't I be a superperson? Can do lots of thing in one time.

Nape ibubapa suka nak push anak-anak dengan impian mereka yang tak tercapai? Kalau impian seperti nak anak-anak berjaya dapat kerja gaji ribu-ribu, tak apa. Kiranya, tak kira la nak dapat kerja yang macam mana, janji berjaya kan.

Contohnya la. Mak aku ni suka berniaga. Salah satu ruang berniaga yang dia nampak dan berjaya adalah dengan MLM. Dah pernah capai tahap yang tinggi-tinggi pun. Dan aku bersyukur jugaklah mak aku berjaya. Kalau tak, aku mesti masih tinggal di kampung, belajar kat sekolah kampung yang pelajarnya kurang dari 10 orang dalam satu kelas dan menoreh getah.

Masalahnya, mak aku suka nak push aku jual MLM jugak. Aku ni, bila dah time-time meningkat dewasa ni (huhu), suka la jugak berniaga. Tapi, aku suka yang jenis jual barang kat orang, tapi tak payah cari orang. Kesimpulannya, aku tak suka part marketing sebenarnya. Dan MLM ni, sebenarnya lebih ke marketing, cari orang dari jual barang (kalau nak kaya cepat la).

So, dia nak push impian tak tercapai dia iaitu jual MLM ni kat aku. *sigh*

Pastu, mak mertua aku ni pulak, suka berniaga jugak. Tapi dia tak berkesempatan berniaga bersungguh-sungguh ketika zaman muda dahulu sebab dulu dia bekerja. So, sekarang, dia pun push kat aku impian tak dapat berniaga bersungguh-sungguh kat aku jugak.

Tak boleh ke impian tak tercapai masing2 tu, jangan pas kat orang lain. Sebabnya, dari elok-elok aku terbuka hati nak berniaga, terus tutup bila ada benda-benda cam ni.

Pastu plak, korang penah tak kena buat benda yang korang tak suka, tapi makbapak korang suruh. Sebagai anak yang mengenang budi, mestilah aku redha buat jugak (hehe.. tak baik, tak ikut). Contohnya, bapak mertua aku ajak aku masuk jadi agen jual public mutual. Aku tak pasti, aku ni ada tokoh ke nak terangkan kat orang pasal simpanan dan ekonomi, sedangkan suratkhabar pun aku tak baca ni dan berita pun tak tengok. Tapi, serba-salah sebab dia akan dapat komisen lebih skit kalau aku join, aku pun join jugak. Mak aku plak, ajak aku masuk satu MLM ni. Aku pun serba salah gak ni, tapi kalau aku masuk, tapi tak bergerak jualan tu, pun tak de maknanya jugak kan.

Kesimpulan, cerita kali ini adalah, sape nak simpan duit kat public mutual (pelaburan keuntungan lebih tinggi dari amanah saham dan kwsp), meh la daftar bawah aku, okay. Yang Islamic punya pun ada, jangan risau.

Saturday, October 31, 2009

Huggies baby photo contest (pls vote for her :D)

Hi everyone!

Haven't update for a long time, just blog hopping here and there.
Anyway, please help to vote for FATIN FARHANAH in the "baby photo contest" by Huggies at this link: http://www.huggies.com.my/photo-contest/Gallery.aspx
Search for her pictures or name, during posted, she was at page 26.
I like this photo because of her happy and cheeky face. Hubby likes it because her butt were up :P. I hope you like this photo tooooo and voteee

...and also Fatin want free diapers! :D

Many, many thanks!

Tuesday, October 20, 2009

Cerita kawan part 4 - kawan sekolah asrama

Cite yg ni lagi ringkas kut. Masa zaman sekolah ni, aku rapat dengan 3 lagi org kawan, Syam, Kahar dan Lin. Kami selalu pergi kemana-mana bersama-sama misalnya pergi makan, pergi prep, pergi riadah. Kisahnya bermula dengan Lin. Aku dengan Lin ni sekelas, dan kami dapati, kami je yg sekepala dan suka membuat bising di dalam kelas waktu prep. Gilo ko, kalau buat bising waktu belajar, nanti kena tanya soalan.

Kitaorg berdua siap pilih untuk duduk di tempat paling strategik sekali, merangkap di belakang kelas sekali, dan sempadan antara laki dengan pompuan. Sekolah aku ni banyak budak Johor, Kelantan dan Terengganu yang alim2. Tu yang ada sempadan tu. Tu yg aku dengan Lin bleh baik giler sebab kitaorg tak de la baik sgt :P. Tetiba plak masa form 5 kut, cikgu kononnya nak muhibbah, tak nak ada sempadan, telah merestructure kelas (mungkin jugak sbb aku dgn Lin bising sgt) dgn meletakkan aku nun di depan sekali, depan meja cikgu. Hampeh betul.

Tapi, nama pun asrama, maka selalu la jumpa kat luar kelas, ye tak. Lin pulak rapat dengan Kahar (satu dorm) dan Kahar rapat dengan Syam kut, maka kami pun rapat bersama-sama. Cuma Syam kurang skit sebab dia pengawas, dok jaga disiplin saje hehe dan jugak sebab dia tak kaki jalan (berouting), cam aku, kahar dan Lin. Tapi, aku selalu kena tinggal masa makan kat dewan makan sebab diorg ni jenis makan telan terus. Walaupun aku dah kurangkan kuantiti makan aku, tapi masih tak sempat nak menandingi diorg.

Kitaorg plak jenis suka cepat kemana-mana misalnya, cepat turun ke dewan makan lepas habis sekolah, sbb malas nak beratur panjang dan kalau balik dorm cepat, bleh tido dulu. Dan juga cepat beratur nak masuk dorm lepas riadah, sebab nak cupp mandi dulu (siap berlari-lari cupp, ok). Dan juga, yg paling haru, cepat mkn pergi ke masjid utk sembahyang jemaah, sbb nanti dpt duduk saf paling depan, bleh intai imam yg sume suara sedap dan bebudak junior yg hensem2. Bukannya apa, tak de la mengantuk masa khutbah antara sembahyang nanti.

Antara 3 org ni, Kahar yg paling aku contact, duduk pun dah dekat. Syam, ok jugak, cuma aku malas nak call saje.. hahaha. Tapi Lin, yg paling rapat, dah ilang semenjak dia kuar sekolah dan keje nun di London tu. Ada sorang lagi, Imah, sekelas aku, namun, hanya nampak di friendster and baru join mukabuku. Yg sorang ni pulak, Nelly, tidak la serapat mana masa belajar. Tapi sekarang, boleh tahan baik la jugak semenjak dua-dua ada baby ni hehe.

Kesimpulannya cite panjang aku ini, kawan pergi dan datang. Yang pada masa itu, rapat, tak semestinya rapat pada masa sekarang. Maka, aku hargai kawan-kawan yg aku jumpa terutama yg kekal rapat. I love you and I appreciate you, Farah, Baj, Ita, Ha, Zubec, Faez, Eni, Kahar, Syam, Lin, Jas dan Lina. For my other friends, I wish we could stay closer in the future. Happy birthday to me, and I wish all my friends can be with me.

-The end- Korang baca ke cite aku panjang2 ni? Ko la yg start dulu ni, Ha.

---------------------------------

Aku terlupa lagi sorang la. Kawan ni sama universiti dengan aku, pastu duduk serumah sewa dengan aku waktu bekerja dan sama opis dengan aku, Malin namanya. Yang ni rapat masa duduk sama-sama. Memang best la masa tu sebab dua-dua keje shift petang, maka melalak tak tido (tgk vcd/main game) sampai kul 3/4pagi dlm bilik. Tapi, aku nak minta maaf la, kerana sbb aku, kita selalu sampai opis lambat hahaha.. jln laju giler. Sebelum aku duk satu bilik dgn dia, dia selalu sampai awal. Pastu, aku telah mempengaruhi dia dtg lambat (bukan aku suruh pun, dia yg terikut aku).

Dan lagi sorang ni, waktu zaman university, aku sempat rapat dgn dia sekejap kerana bergossip (aisey). Pastu, bile time praktikal, aku dpt tau dia telah menyebarkan rahsia aku, yg aku suh dia simpan, kat org lain. Cam ne aku tau? sbb org yg dia sampaikan tu, cite kat aku... hahaha.. tu la, benda cam ni, lama2 sampai jugak kat orgnya. Sebab aku bukan jenis konprantasi, maka, aku terus je dek je kat dia. Aku rasa dia perasan. Org mcm ni reject je awal2 kan. Tu la, aku muda lagi, byk buat pilihan yg salah.


Monday, October 19, 2009

Cerita kawan part 3 - kawan universiti Degree

Di cawangan, tak de course kami utk degree maka, kami pindah ke Shah Alam. Aku, Ha, Faezah Ahmad dan Melah berpakat untuk duduk menyewa bersama-sama dan kemudiannya berpakat juga untuk minta dorm bersama-sama. Kat sini, aku sorang je pompuan dr batch dan cawangan aku yg ambik course IT. Yang lain kebanyakkannya ambik course Network. Ketika kami mengapply dorm di asrama yg baru je siap tu, boleh pulak memilih rakan utk sebilik yg sama. Maka, aku dan Ha pun satu bilik, manakala Faez dan Melah di bilik yg lain.

Masa ini, kami masih rapat termasuklah Eni kerana satu asrama dan pergi ke aktiviti asrama bersama-sama. Di masa yg sama, Eni rapat pula dgn dormmatenya Busu (yg sama dip bersama-sama kami juga sebenarnya). Dan di sini, berkenalan pulak dgn Zubec. Rasanya dikenalkan oleh Melah kerana mereka satu dorm ketika diploma. Zubec yg sama belajar di cawangan, dahulunya course lain tetapi mengambil IT pula untuk degree. Pada mulanya, aku happy sbb ada kawan sekepala, bleh pergi belajar bersama-sama. Namun, dia terpaksa mengambil pra satu semester utk dia catchup balik subjek 3 thn yg kami ambil semasa diploma huhuhuhu.

So, rapat la pulak dgn Zubec walaupun aku dan Ha suka buli dia sebab dia sangatlah manja ketika ini. Zubec, if you read this, I seen you grown from being a manja, unconfident person to a confident and independent woman. Tapi gelabah tetap ada hahaha.

Maka, aku pun terpaksalah mencari kawan baru untuk berborak di dalam kelas nanti, ye tak. Kalau boleh, kawan rapat. Malangnya, semua di dalam kelas tu, ada kawan masing-masing dari cawangan ataupun majoritinya, dari shah alam. Aku telah memulakan dengan cuba berbaik-baik dengan mereka, tapinya, tak berjaya kut hint aku, maka aku kesorangan. Mungkin diorg ingat aku kera sumbang kut, tapi setelah kenal aku, aku tak rasa diorg beranggapan begitu... hopefully. Sampaikan. ada sorang tu tegur, nape aku suke duduk sorang-sorang (dalam satu row tu ada 6 kerusi, tapi aku konker 6 sekaligus). Aku nak je jwb, pesal korang tu tak cuba open, terima org luar skit. Berclique-clique la diorg ni (bdk shah alam *sorry to say aaa*). Lagi satu reason, aku malas nak berhimpit-himpit dgn diorg duduk penuh satu row. Kerusi dan meja kat dewan bertingkat-tingkat tu sangat kecik plak tu. Kalau aku konker sorang, bleh aku letak beg aku satu meja, pastu tangan aku ada space nak menulis skit sambil buku teks bleh buka kat depan. Kalau tak, buku teks kat bawah, pastu notepad kat atas buku teks. Setiap kali nak rujuk, kena angkat notepad. Kekadang tu aku join jugak diorg bila aku tgk tak ramai. Tetiba, bila kelas nak start, penuh plak aisey.

Dua org kawan dr cawanganku plak adalah lelaki. Yg mana, kekadang aku selamba je menempel duduk sebelah Da'a di row yg kebanyakkannya bdk lelaki. Aku tau jugak, nampak buruk perangai sebenarnya, tapi aku peduli apa, sebab kekadang tu dpt jugak la borak dgn org yg serasi. Aku risau jugak la kut2 ada gosip2 liar memandangkan si Da'a tu pun hensem (kata org lain). Tapi, mcm tak de, setahu aku la. Apa aku tak layak ke? ahaha

Cam ne pun, aku dgn classmate aku tu start baik bila banyak projek yang kami buat bersama-sama. Disebabkan aku bleh baik dgn sume org, maka aku selamba je masuk group sesapa yg tak cukup dan diorg pun tanya aku nak masuk group diorg tak. Pendek cite, tak de la kes aku tak de group. Yang positifnya, aku kenal lagi ramai classmate aku. Dalam ramai-ramai classmate aku, yg aku rapat ada dua je. Sorang tu namanya Matun, rapat sebab banyak projek buat sama-sama dan dia sgt baik dan lagi sorang adalah Hafiz, rapat sebab projek, sgt baik hingga sanggup tumpangkan aku pegi kelas programming dengan dia. Kelas tu kat seksyen lain, jauh dari main kampus dan selalunya tak de gap antara kelas, so kalau naik bas, memang tak sempat. Sebenarnya, aku ada bincang lagi dengan dia nak ambik kelas programming tu ke tak sebab tak de transport. Dan bila dia pun ambik dan offer nak tumpangkan aku. Aku pun ambik kelas tu.

Hafiz dah tak rapat bila start kerja sbb laki, payah nak keep in touch la. Matun plak, lps habis blajar, tak contact pun. Sekarang hanya berfriendster la. Semenjak Hafiz kawen, maleh la aku nak call, ye tak hehehehe. Da'a pun dah tak rapat sgt semenjak abis belajar, nak2 plak dia dah kerja jauh ni. Dan sorang lagi coursemate aku, Azwa rapat gitu2 dan jumpa time gath je la sebab dah pun kawen dan duduk jauh plak tu.

Dlm separuh pembelajaran kat Shah Alam, Ha giveup duduk sebilik dgn aku (sbb aku selalu tak de kat bilik --- sibuk bercinta la katakan, dulu jauh, sekarang dekat). Dia pun pindah menyewa di luar dan aku pun duduk dengan Zubec. Maka, aku pun semakin rapat la dengan Zubec yg selalu minta aku ajar programming tapi tak concentrate bila aku ajar. Di masa yg sama, Ha pun rapat dengan org lain misalnya Pae. Tapi kami masih ok.